Sunday, February 24, 2019

Program Penyerahan Watikah Program Sekolah Angkat MARii 2019

Program Penyerahan Watikah Program Sekolah Angkat MARii 2019 bertempat di Avenue Penampang pada 16hb Februari 2019, SMKDPM terpilih dalam program sekolah angkat MARii (Malaysiaan Automotive, Robotic & IOT institute) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Majlis Penyerahan Watikah disampaikan oleh YB Datuk Darrell Leiking. Seramai 44 orang pelajar SMKDPM yang hadir ke majlis tersebut bersama guru pengiring Cikgu Artina Ariff dan juga pengetua Pn. Hjh. Nurani Fauziah Derin. 





Kelab Rukun Negara 2019

Aktiviti suai kenal bagi ahli-ahli Kelab Rukun Negara Sesi Pagi.

Guru Penasihat:
1. Pn Liew Su Tsin
2. Pn Hayati Mohd Husin




Friday, February 15, 2019

Iklan Pertandingan Inovasi Terkini

Kepada semua murid SMKDPM yang berminat menyertai mana-mana pertandingan INOVASI, Sila rujuk Iklan yang dipaparkan di blog ini serta di Papan Kenyataan Sekolah dari semasa ke semasa. Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba...sila penuhi tatacara seperti di bawah :

1) Mempunyai IDEA KREATIF untuk dikongsi
2) Mempunyai Kemampuan KERJA BERKUMPULAN
3) Mempunyai KESUNGGUHAN dan mampu BERDIKARI dalam usaha menyediakan
    PROTOTYPE serta PROPOSAL untuk pertandingan
* Paling penting, berupaya MEMATUHI DISIPLIN SEKOLAH dengan baik.

Kepada murid yang berminat, tetapi kurang jelas berkaitan tatacara menyediakan PROPOSAL dan PROTOTAIP pertandingan... anda boleh merujuk nama-nama di bawah :
1) Cikgu Umie dan Cikgu Artina ( Guru yang mengurus Pertandingan2 Inovasi sekolah )
2) Murid Inovasi  : Daverina (5B), Karen (5B), Faustina (5C), Dyeanne, Gladys, Michele (5A)

Kepada murid-murid yang ingin mengetahui, Senarai Pertandingan-pertandingan Terkini Sekolah, anda boleh merujuk J/K Publisiti : iaitu cikgu Safwah, cikgu Ruth Theressa, cikgu Alice Chong.

IKLAN 01

IKLAN 02

IKLAN 03

IKLAN 04

IKLAN 05

IKLAN 06

IKLAN 07

IKLAN 08

Thursday, December 13, 2018

Keputusan Peperiksaan Tingkatan 3 - 2018

Tahniah kepada yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3. Kepada yang kurang berjaya gandakan usaha demi kejayaan masa hadapan.




















Saturday, November 24, 2018

Kem Bakat Olahraga dan Memanah SPTS Zon Negeri Sabah dan WP Labuan


Tarikh : 16 - 18 November 2018
Tempat : Mini Stadium, SMK DPM

Perasmian Penutupan : 17 November 2018, 7.00mlm, DEWAN HARMONI, SMKDPM
Dirasmikan oleh : Tuan Ir. Datu Jamigul Bin Hj Datu Salin




Pertandingan Koir Bahasa KadazanDusun Peringkat Negeri Sabah 2018

Pertandingan ini telah disertai oleh 8 buah kumpulan koir dan pihak sekolah telah menghantar dua kumpulan Koir ke pertandingan ini dan berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan : DBKK (KK)
Naib Johan : OV Singers (Penampang)
Ketiga : SMK DPM (Penampang)
Saguhati (tidak mengikut kedudukan):
- Kota Marudu
- SMK DPM (Penampang)
- Keningau
- Tenom
- SMK Bahang (Penampang)








Monday, November 12, 2018

Sijil Peperiksaan Malaysia 2018


Kepada semua calon SPM SMKDPM 2018, Selamat Maju Jaya. Semoga semua anak-anak murid dapat menjawab soalan SPM dengan baik dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini. 

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...