Monday, April 29, 2019

CONGRATULATIONS! YOUNG INNOVATORS (ICYS2019)

Berikut merupakan keputusan para juri bagi pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa yang berlangsung selama 3 hari di Kuala Lumpur bermula 21 - 23 April 2019.
Diketuai oleh Puan Artina Ariff dibantu Cik Umie Kalsum Saidina Othman dan diiringi oleh Puan Alice Chung, Puan Carolivita Jonius. Pertandingan ini juga mendapat sokongan mantap dari pihak pentadbir dan ibubapa. Puan Pengetua dan beberapa orang ibubapa turut bersama di Kuala Lumpur untuk sama-sama memberi semangat dan membimbing anak-anak SMKDPM.









Friday, April 5, 2019

SPM 2018

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa untuk meneruskan perjuangan.
















Tuesday, April 2, 2019

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Penampang

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Penampang pada 9 Mac 2019 dengan pencapaian tempat ke-3 untuk kategori lelaki dan perempuan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid dan guru pengiring.


Program Bersama Lions Club

Program mencantikan nurseri sekolah bersama Lions Club pada 7 Mac 2019 .





Perkhemahan Kor Kadet Polis Penampang

Perkhemahan Kor Kadet Polis Penampang telah diadakan pada 1 - 3 Mac bertempat di Odec, UMS. 




Tuesday, March 5, 2019

Pertandingan Interior Design "My Bedroom Dream"

Tarikh :  24hb Februari 2019
Masa : 1 Petang - 5 Petang
Tempat : Hilton Hotel Kota kinabalu
Penganjur : A3 Education & Training serta The One Academy

Tahniah kepada pemenang keseluruhan dalam pertandingan Interior Design "My Bedroom Dream" iaitu adik Erica, Michelle dan David Petrus dari Kelas 5B. 
Sebanyak 60 pasukan yang bertanding dan SMKDPM menghantar 12 pasukan yg dibimbing dan diiringi oleh Cikgu Fadley, Cikgu Anastasia, Cikgu Corynna dan Cikgu Artina Ariff. Pertandingan telah di jalan kan pada ketetapan berikut:




Perbarisan Unit-Unit Berunifrom Peringkat Daerah Penampang

Pada 31 Januari 2019 (Khamis) yang lepas, Pasukan Kadet Koreksional sekolah telah mewakili sekolah dalam Perbarisan Unit-Unit Berunifrom Peringkat Daerah Penampang bertempat di Stadium Penampang. Seramai 36 kadet termasuk 3 orang simpanan telah menyertai pertandingan tersebut. Tahniah kepada kadet kerana berjaya mendapat tempat ketiga setelah mengikuti latihan selama hampir 3 minggu. 
Jutaan penghargaan kepada semua jurulatih daripada Jabatan Penjara Kota Kinabalu iaitu Sarjan Mohd Jefrie Abdul Jalil, Koperal Abdul Latif Sahak dan Wdr Jamhuri Naslin yang mana tidak jemu-jemu turun padang untuk memberi bimbingan dalam sesi latihan yang telah dirancang sebelum itu. Semoga banyak lagi kejayaan yang dapat dirangkul dalam siri-siri pertandingan yang akan disertai pada tahun ini.




MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...