Monday, April 29, 2013

Saturday, April 27, 2013

INFORMASI PERTANDINGAN SEKOLAH CEKAP TENAGA 2013

INFORMASI - PERTANDINGAN SEKOLAH CEKAP TENAGA 2013

SMK Datuk Peter Mojuntin telah menyertai Program Anugerah Sekolah Cekap Tenaga 2013

Bagi memastikan kelancaran Program, semua warga sekolah digalakkan mempraktikkan amalan cekap tenaga untuk memastikan kelestarian bumi sentiasa terpelihara. Antara perkara yang perlu diamalkan adalah seperti berikut :

* Mengubah sikap dan menanam nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
* Membina kesedaran agar sentiasa mengawal penggunaan tenaga elektrik secara berhemah

Kesan Pemanasan GLOBAL terhadap manusia dan hidupan Bumi :
oPencairan awal “glaciers” dan salji
oKemarau dan kekurangan bekalan air
oSuhu permukaan laut yang lebih panas boleh menghasilkan ribut dan taufan yang lebih kencang
oPeningkatan paras laut menyebabkan banjir di kawasan pantai
oKehilangan kawasan/pulau bertanah rendah seperti negara-negara Scandinavia, Bangladesh dan Maldives
oSerangga perosak mengancam teruk pertanian dan perladangan (mengancam keselamatan makanan), dan penyakit vektor baru berpunca dari nyamuk
oPelupusan flora dan fauna


sama - sama kita merealisasikan impian negara untuk melestarikan alam sekitar di samping mengamalkan penggunaan tenaga elektrik secara cekap & berhemah.

Monday, April 22, 2013

Program Kem Kepimpinan Majlis Ketua Kelas 2013

Program Kem Kepimpinan Majlis Ketua Kelas 2013 ini telah diadakan pada 16 April 2013 di Bilik Gerakan SMK Datuk Peter Mojuntin.  Program dihadiri oleh semua Ketua dan Penolong Ketua Kelas sidang pagi dan petang.

Objektif program ini ialah melahirkan barisan ketua dan penolong ketua kelas yang berkeupayaan untuk memimpin, bersahsiah dan berketrampilan.





Hari Expo Lestari 2013

Majlis Perasmian Penutupan Bulan Cintai Alam Sekitar dan Hari Expo Lestari sempena Hari Bumi telah berlangsung pada 23 April 2013 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin.  Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia. Majlis turut diadiri oleh Yang Berbahagia En. Tham Yun Fook, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Penampang dan Yang Dipertua PIBG, En. Hamdan Suarah.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang Bulan Cintai Alam Sekitar dan Hari Expo Lestari adalah seperti berikut :

- Pertandingan Fashion Show berasaskan bahan-bahan kitar semula
- Aktiviti membuat Giant Card
- Aktiviti Permainan Cintai Alam Sekitar
- Jualan Makanan dan Minuman
- Minuman Percuma Indo Cafe
- Jualan Hijau
- Pameran
- Persembahan Slaid


Agenda Majlis Perasmian Penutupan adalah seperti berikut :
- Perasmian
- Tayangan Multimedia sempena Hari Bumi
- Persembahan Puisi dan Lagu
- Tarian Kebudayaan Cina
- Deklamasi Sajak
- Persembahan Koir
- Persembahan Sketsa / Pendidikan Khas
- Choral Speaking
- Pertunjukan Fesyen dari Bahan Kitar Semula












Wednesday, April 17, 2013

Majlis Perasmian Stadium Sekolah Sukan Negeri Sabah

Akhirnya pada 17 April 2013, Stadium Sekolah Sukan Negeri Sabah di SMK Datuk Peter Mojuntin telah siap sepenuhnya dan telah dirasmikan ('Soft Opening') oleh Yang Mulia Ir Datu Jamigul Hj Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.




Sunday, April 7, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen pelajar SMKDPM

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pelajar (2012) akan diadakan pada 12 April 2013, bersamaan hari Jumaat. Ucapan Sekalung Tahniah kepada semua penerima anugerah, Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa mendorong serta Penghargaan kepada guru-guru yang tidak jemu  sentiasa berkorban masa dan tenaga.




JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...