Saturday, April 27, 2013

INFORMASI PERTANDINGAN SEKOLAH CEKAP TENAGA 2013

INFORMASI - PERTANDINGAN SEKOLAH CEKAP TENAGA 2013

SMK Datuk Peter Mojuntin telah menyertai Program Anugerah Sekolah Cekap Tenaga 2013

Bagi memastikan kelancaran Program, semua warga sekolah digalakkan mempraktikkan amalan cekap tenaga untuk memastikan kelestarian bumi sentiasa terpelihara. Antara perkara yang perlu diamalkan adalah seperti berikut :

* Mengubah sikap dan menanam nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
* Membina kesedaran agar sentiasa mengawal penggunaan tenaga elektrik secara berhemah

Kesan Pemanasan GLOBAL terhadap manusia dan hidupan Bumi :
oPencairan awal “glaciers” dan salji
oKemarau dan kekurangan bekalan air
oSuhu permukaan laut yang lebih panas boleh menghasilkan ribut dan taufan yang lebih kencang
oPeningkatan paras laut menyebabkan banjir di kawasan pantai
oKehilangan kawasan/pulau bertanah rendah seperti negara-negara Scandinavia, Bangladesh dan Maldives
oSerangga perosak mengancam teruk pertanian dan perladangan (mengancam keselamatan makanan), dan penyakit vektor baru berpunca dari nyamuk
oPelupusan flora dan fauna


sama - sama kita merealisasikan impian negara untuk melestarikan alam sekitar di samping mengamalkan penggunaan tenaga elektrik secara cekap & berhemah.

No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...