Monday, November 13, 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017 telah berlangsung di MINES Convention Centre Kuala Lumpur pada 3-5hb November, pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam rekacipta dan inovasi berserta kajian penyelidikan yang dijalankan terhadap rekacipta dan inovasi yang menjurus kepada penyelidikan berunsur STEM terhadap penyelidikan yang dijalankan. 

Pada peringkat awal sekolah kita telah menghantar 15 kumpulan yang menyertai INTEL ISEF 2017 namun begitu hanya 1 kumpulan terpilih dan seterus mewakili Negeri Sabah INTEL ISEF 2017 di Kuala Lumpur. Kumpulan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang terdiri daripada adik Nicholas Marcellus G. Kissol 5A, Allen Bradley Lazurus 5A, Edly Ryan Malexius 5A dan Pn. Artina Ariff selaku guru pembimbing dan pengiring dengan tajuk kajian Penyelidikan Rekacipta dan inovasi VOLTA GENERATOR. 

Kumpulan SMK DPM berjaya mendapat Bronze Award INTEL ISEF 2017 tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang menyertai dan guru yang membimbing.




Bengkel dan Pertandingan Teknorama iT 2017

Bengkel dan pertandingan Technorama iT 2017 anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Makluman Negeri Sabah kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Pejabat Pendidikan Daerah Penampang telah diadakan pada 17hb - 20hb Julai 2017 bertempat di SMK Limbanak Penampang. Beberapa hadiah kemenangan telah diperolehi.  Filem pendek (DST) dan Filem animasi (ANICLIX) yang telah mengikut bengkel disyorkan mengikut pertandingan Sabah Filem Festivel yang telah dibuka penyertaannya dan tarikh tutup pada 30hb September 2017. 

Berikut adalah pelajar-pelajar yang menyertai bersama guru-guru pengiring dan pembimbing.
a). Digital Story Telling ( Filem Pendek)
     Guru Pembimbing dan pengiring : Pn. Artina Ariff
     Pelajar : 1. Juvina Elsie Berry 3H
                   2. Faustina Florian 3H
                   3. Amanda Petrychia Boyou 3H
      
b) Aniclix (Filem Animasi)
   Guru Pembimbing dan pengiring : Cik Ling Fong
   Pelajar :  1. Bibiana Mourus ( Pendidikan Khas )
                  2. Edward Liew Tze Kiong ( Pendidikan Khas)
                  3. Zico Luck Elvister ( Pendidikan Khas )

c) Technorama iT
    Guru Pembimbing dan pengiring : Pn. Kasninah Danil
    Pelajar : 1.     Joshua Lakim
       2.     Ivan Tony Ewan
       3.     Sherilly Samson
       4.     Elsie Angela
       5.     Gisyelle Gregory
       6.     Wilsie Masal
       7.     Nicole Ng
       8.     Nelsie Sylvester





Monday, October 30, 2017

PEMANTAUAN PEGAWAI BTP, PPD,PKG DAERAH-DAERAH SABAH

Pemaantauan daripada 22 orang pegawai ini memberi banyak input dan manfaat kepada pihak sekolah. Cadangan penambahbaikan yang diberi akan dimanfaat sebaik mungkin. Terima Kasih kepada Semua warga SMKDPM yang memberi kerjasama semasa lawatan pemantauan ini. Dan Terima Kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa menyokong penggunaan VLE di sekolah. Lawatan yang bertunjangkan ICT memanfaatkan VLE dalam PDP ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memantapkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah Negeri Sabah. Justeru, Lawatan seperti ini amat memberi manfaat kepada sekolah terlibat. ~kredit kepada Penyelaras Bestari sekolah serta seluruh warga DPM.

Tuesday, October 10, 2017

INTERNATIONAL BORNEO CUP FOOTBALL U15/2017

Tarikh: 02 - 05 /10/2017
Tempat: Stadium Penampang & Stadium Likas
Keputusan :
SNN DPM (6) vs AF Labuan (0)
SSN DPM (1) vs TABS KK (0)
SSN DPM (0) vs SBAI Indonesia (0)
SSN DPM (2) vs PSW Thailand (3)
SSN DPM (6) vs SMK Kinarut (1)

Final : SSN DPM (2)  vs SBAI Indonesia (1)
Pasukan SSN DPM dinobatkan sebagai johan pertandingan tahun 2017

Pengurus : Lawrence Denny
Ketua jurulatih : Hj. Azman Hj. Abidin
Jurulatih : Lawrence Denny
                Sophan Ronny Shamiun
                Mohd. Firdaus
                Adzman Abdullah






SUKAN SABAH (SAGA) PERINGKAT ZON PANTAI BARAT SELATAN: BOLA SEPAK WANITA

Keputusan Keseluruhan :
Penampang (2) VS Tuaran (0)
Penampang  (10) VS Putatan (0)
Penampang (4) VS Ranau (1)

Penampang layak mewakili pantai barat selatan ke SAGA peringkat negeri di Sandakan buat julung kalinya.

Hj. Azman Hj. Abidin (Ketua Jurulatih)
12 orang pemain SSN SMKDPM adalah tulang belakang pasukan SAGA Penampang
(SHAFIKA, AZELAH, KIMBBELY, FIVVY, NAJLA, RYTEE, NATASHA JOY, NUR ATIRAH, JOANNA, GIRL,  HILDA & DYMPHNA)

Wakil SMK Limbanak: ANJALI & AUDERY 
Wakil SMK Tun Fuad: ELSIE CELARRYNA
HJH. RAMLAH HJ. HARING (FISIOTERAPI & CHAPERON)


Ketua Pasukan CLERYSHIA GIRL




Monday, October 9, 2017

Karnival Pamer Keunggulan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Pada 28 - 30 September 2017, SMKDPM terlibat dalam mempamerkan keunggulan yang pernah dicapai sekolah sepanjang 2016-2017. Sempena Karnival tersebut, SMKDPM menerima 3 pengiktirafan istimewa di peringkat JPNS, iaitu Anugerah Puteri Sukan yang dinobatkan kepada adik Chelsea Cassiopea dari kelas 5 Bersih, Anugerah Pelajar Kokum terbaik sekolah menengah kategori (Perempuan) adik Abbyana dari kelas 5 Amanah dan Anugerah Kelab Persatuan Terbaik dianugerahkan kepada kelab Rekacipta yang diterajui oleh Puan Artina Ariff dan Cik Umie Kalsum Binti Saidina Othman. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMKDPM atas kerjasama jitu dalam menjayakan karnival tersebut.




Sunday, September 17, 2017

KEM PPEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR KEBANGSAAN DI BAWAH JAWATANKUASA PENIDIDIKAN, LATIHAN DAN PENERANGAN AWAM(JKPLPA) UNESCO-IHP MALAYSIA

TARIKH : 11 – 13 SEPTEMBER 2017
TEMPAT : KIBUNUT RIVER, PENAMPANG, SABAH
BILANGAN PESERTA TERLIBAT : 15 ORANG MURID TINGKATAN 4 (Ahli KPA)
STATUS PROGRAM : PERINGKAT KEBANGSAAN

OBJEKTIF PROGRAM :
1   ~ Meningkatkan kesedaran dan pendidikan secara berterusan tentang pentingnya pembangunan       
        kesinambungan sumber air oleh generasi muda pada masa mendatang.
2   ~ Memberikan pendedahan tentang ujian kualiti air, rawatan air, kajian air bawah tanah dan 
        ekosistem, kajian hidupan akuatik, kajian tumbuhan, penggunaan teknologi dalam penerokaan dan 
        penilaian sumber air, hubungan antara biodiversiti dan alam sekitar.


SENARAI NAMA MURID TINGKATAN 4 YANG TERIBAT :
Freddy Damisal, Helen Kotui, Norumalianah Sitiol, Alexter Delson Domissin, Alvin Ambrose, 
Eva Natasya Dilly, Braney Velter Christopo, Rosemarie Zerta Mosus, Maximillion Joimbol
Frenley David Rikey, Irencia Gilong, Elfie Kuniu, Alexander Loison, Jesse Ginus dan Doranee Toumin

SENARAI GURU PENGIRING:
Hajah Rosnih binti Nasir, Loborina Tunjan dan Palidah binti Basinau








Tuesday, August 29, 2017

KEM G-FORCE 2017 - SPM DAN PT3 SMKDPM


KEM G FORCE SPM & PT3 ini bermula 26 Ogos - 30 Ogos 2017. Bertujuan memperkasa pengetahuan pelajar dan memberi pendedahan teknik menjawab peperiksaan SPM / PT3 dari tenaga pengajar luar yang berpengalaman serta terdapat juga sesi-sesi motivasi yang diseimbangkan dengan aktiviti akademik. Pelajar diberi banyak pengalaman bermakna sepanjang kem ini berlangsung. Guru-guru juga terlibat secara langsung untuk membantu melancarkan perjalanan kem berunsur kecemerlangan ini. Dengan berteraskan prinsip Modal Insan Seimbang, Pihak kaunseling sekolah, menerajui kem Grow with G force ini dengan dibantu oleh semua staf SMKDPM secara bersepadu. Adalah diharapkan kem ini mampu memberi manfaat besar kepada semua yang terlibat dan semoga pengorbanan ibu bapa, guru dan seluruh pelajar mendapat manfaat yang besar pada masa hadapan.

Wednesday, August 2, 2017

HARI KOPERASI DAN KANTIN SMKDPM 2017

Mari beramai-ramai kita memeriahkan 'HARI KOPERASI DAN KANTIN" SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang pada 12 Ogos 2017 bertempat di perkarangan sekolah SMKDPM. Pada hari tersebut terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada semua pengunjung. Aktiviti jual beli hanya menggunakan KUPON ( Tiada tunai digunakan ), justeru pengunjung perlu memiliki kupon untuk digunakan menggantikan wang tunai pada hari tersebut. Kupon boleh dibeli dari koperasi sekolah melalui Jawatankuasa yang telah dilantik. Sila rujuk senarai aktiviti yang terdapat dalam iklan di atas.

Tuesday, July 18, 2017

KELAB PENCINTA ALAM ~Mangrove Tree Planting

Kelab Pencinta Alam Sekolah telah menjalankan aktiviti Mangrove Tree Planting anjuran KK WetLands Sabah dan CIMB Bank Berhad pada 15 Julai 2017. Seramai 31 orang murid sidang pagi dibawa guru pengiring Pn. Rosnih Nasir, Pn. Loborina Tunjan, Cik Karen Milin dan En. Deidre (guru pelatih) terlibat dengan aktiviti yang dilaksanakan.








KK Law Olympiad 2017

Law Department, HELP University, Kuala Lumpur telah menganjurkan Pertandingan KK Law Olympiad pada 17 Julai 2017. Pihak sekolah telah menghantar pasukan dalam pertandingan ini dan mendapat tempat ke-3 daripada 20 pasukan sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu. 

Peserta yang mengikuti pertandingan ini adalah Shireen Ali (4A), Cynthia Dora (5A), Raphael Arif Koh (5A), Max Nathaneal Morius (5A) dan Abyana Natasya Azmi (5A) dibawah bimbingan  dan guru penyelaras Pn. Loborina Tunjan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. 




Sunday, July 16, 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Tahniah dan syabas diucapakan kepada rakan-rakan guru dan staf yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Yeo Peck Ching yang telah mendapat Gelaran Tokoh Guru Daerah Penampang. 

Senarai Penerima APC:
1) Johnston Jonathan Ayong
2) Jenilie Jinggom
3) Carolivita Jonius
4) Loborina Tunjan
5) Hailine Salian
6) Juliana Francis Onong
7) Athirah Hasinah
8) Clare Charles
9) Cleo-Anne Liujan





Kejohanan Bola Jaring MSS Negeri Sabah

Kejohanan Bola jaring peringkat MSS Negeri Sabah telah dijalankan pada 7-11 Julai 2017 bertempat SMK Pengiran Omar II, Sipitang.

Kedudukan: U15 - tempat ke-3, 
                    U18 - tempat ke-5

Seramai 7 org pemain bola jaring dari sekolah kita terlibat antaranya:
1. Juliana Musa
2. Shanty Elyiah Petrus
3. Norhayati Norman Abdullah
4. Nuradzlyn Marican
5. Farah Ariffin
6. Olivia Muk Xie Lee
7. Nuratirah Zaidi

Guru pengiring : Hailline Salian (pengurus pasukan)



Tuesday, July 11, 2017

~Liga Bola Sepak Perempuan KPM- PPNB-FAM U16

Berikut adalah keputusan Liga Bola Sepak Perempuan KPM-PPNB-FAM U16

1. SSN SABAH 1 vs SSN NEGERI SEMBILAN 1
    Penjaring : Shafika Ahmad Musa

 2. SSN SABAH 0 vs SSN SELANGOR 2
                  
3. SSN SABAH 3 vs SSN WP KUALA LUMPUR 1
    Penjaring : Joanna 2 / Dg. Azelah 1
                  
4. SSN SABAH 0 vs SSM SABAH 7

5. SSN SABAH 2 Vs SSN JOHOR 0
   Penjaring: Joanna  /  Elsie
           
6. SSN SABAH 4 Vs SSN PERAK 1
    Penjaring : Joy 1/ Shafika 1/Joanna 2
                      
7. SSN SABAH 0 Vs SSN SWAK  1
                      
8. SSN SABAH 3 Vs SSN MELAKA 0
    Penjaring : Shafika 1 / Joanna 2

Pencapaian : Top 5 daripada 12 Pasukan SSN d Malaysia

Anugerah : Pasukan Terbaik Fairplay Kejohanan

Pegawai : 
1. Hj Azman Hj Abidin :Pengurus / Head Coach
2. Alice Chung : Jurulatih
3. Hjh Ramlah Hj Haring : Peg Pengiring / Jurulatih ( SMK Limbanak )

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain bola sepak perempuan dan jurulatih yang berusaha memastikan kita mendapat kejayaan dalam perlawanan liga ini. 










WAKIL BOLA SEPAK MALAYSIA U15 KE INTERNATIONAL ASEAN FOOTBALL FEDERATION (AFF)

Adik Joanna Marianna Sitin telah terpilih mewakili Pasukan Bola Sepak Malaysia U15 ke International ASEAN Football Federation (AFF) di Vientiane, Laos pada 15 - 21 Mei 2017. Semoga bakat bermain bola sepak adik Joanna akan terus menyerlah dan menjadi seorang pemain yang berbakat suatu hari nanti. 




Anugerah 3K 2017 dan Projek Khas 'Drink Move Be Strong'

Tahniah diucapkan kepada AJK 3K dan pelajar yang terlibat di atas kejayaan mendapat tempat ke-3 dan Johan dalam Projek Khas Drink Move Be Strong. Diharapakan kita akan dapat meneruskan kejayaan ini.





JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...