Tuesday, April 11, 2017

Kejohanan Catur MSSD Penampang 2017

Kejohanan Catur MSSD Penampang telah diadakan pada 6 -7 April 2017 bertempat di SM St. Michael Penampang. Kelab Catur sekolah telah menghantar seramai 16 orang pelajar dengan diiringi 2 orang guru pengiring Pn. Clare Charles dan Pn. Yap Pih Thau. 

Sebanyak 6 pusingan dipertandingkan dan daripada 6 pusingan sekolah berjaya memenangi pingat dalam 3 kategori iaitu:

Johan ~ Max Nathanel (Lelaki 18 tahun)
Tempat Ke-3 ~ Brendon Santorino (Lelaki 18 tahun) dan 
Naib Johan ~ Syn Tet Yuen (Perempuan 18 tahun)

Sekolah mendapat tempat ke-3 daripada 5 buah sekolah yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, peserta dan guru-guru yang terlibat melatih pelajar.

Adik Max Nathaneal, Brendon, Syn Tet Yuen dan Michelle akan mewakili daerah Penampang ke peringkat Bahagian yang akan berlangsung pada 17 - 18 April 2017 di SMK Ranau.










Mesyuarat PIBG 2017

Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah dijalankan pada 8 April 2017 bertempat di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin. Terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir dan memberi kerjasama sepanjang majlis dijalankan. 




Tuesday, April 4, 2017

Gambar Kem Kecemerlangan dan Pembangunan Diri











MSU Apprentice Challenge 2017

Pada 29 Mac 2017, pihak sekolah telah mengikuti Pertandingan MSU Apprentice Challenge dan mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pengiring Pn. Rosnih.






Monday, April 3, 2017

Kejohanan Bola Jaring MSSD Penampang 2017

Pada 14 Mac 2017 bertempat di Bornia Sport Arena, Kolombong sekolah telah menghantar pasukan bola jaring mengikuti Kejohanan Bola Jaring MSSD Penampang. Dalam kejohanan ini sekolah telah mendapat:

~ Johan kategori bawah 15 Tahun
~ Johan Kategori bawah 18 Tahun
~ Pemain terbaik kategori bawah 15 Tahun - Farah Ariffin
~ Penjaring terbanyak kategori bawah 15 tahun - Rachel Norman Liaw @ Norhayati