Tuesday, April 11, 2017

Kejohanan Catur MSSD Penampang 2017

Kejohanan Catur MSSD Penampang telah diadakan pada 6 -7 April 2017 bertempat di SM St. Michael Penampang. Kelab Catur sekolah telah menghantar seramai 16 orang pelajar dengan diiringi 2 orang guru pengiring Pn. Clare Charles dan Pn. Yap Pih Thau. 

Sebanyak 6 pusingan dipertandingkan dan daripada 6 pusingan sekolah berjaya memenangi pingat dalam 3 kategori iaitu:

Johan ~ Max Nathanel (Lelaki 18 tahun)
Tempat Ke-3 ~ Brendon Santorino (Lelaki 18 tahun) dan 
Naib Johan ~ Syn Tet Yuen (Perempuan 18 tahun)

Sekolah mendapat tempat ke-3 daripada 5 buah sekolah yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, peserta dan guru-guru yang terlibat melatih pelajar.

Adik Max Nathaneal, Brendon, Syn Tet Yuen dan Michelle akan mewakili daerah Penampang ke peringkat Bahagian yang akan berlangsung pada 17 - 18 April 2017 di SMK Ranau.










No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...