Friday, March 5, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 22











Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 telah diadakan pada 6 Mac 2010 di Dewan Harmoni, SMK Datuk Peter Mojuntin. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Pn. Zarida Junaidi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh En. Idris Putih, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Penampang, En. Hamdan Suarah, Pengerusi PIBG dan ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan para ibubapa.

Agenda Majlis Perasmian adalah seperti berikut :
1. Bacaan Doa
2. Persembahan Pelajar Pendidikan Khas
3. Ucapan Pengetua
4. Ucapan Pengerusi PIBG
5. Ucapan Perasmian dari Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
6. Jamuan Ringan
7. Ceramah Skor A
8. Mesyuarat Agung bermula
9. Cabutan Tiket Bertuah

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 adalah seperti berikut :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pengetua
3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Membentang dan mengesahkan laporan setiausaha
6. Membentang dan mengesahkan laporan bendahari
7. Usulan Ibubapa dan Sekolah
8. Hal-Hal Lain

Usul-Usul yang telah dipersetujui adalah seperti berikut :
(Setuju : S, Tidak Setuju : TS)

1. USUL DISIPLIN
- Tindakan terhadap kehadiran kurang 90% (S : 313, TS : 39)
- Tindakan terhadap penggunaan telefon bimbit (S:306, TS : 49)

2. USUL AKADEMIK
- Tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan kekemasan diri
(rambut dan pakaian) (S:334, TS: 23)
- Tindakan terhadap pelajar yang tidak menyiapkan folio / kerja kursus
(S:328, TS:15)
- Mewajibkan pembelian buku rujukan (S:292, TS:52)

3. USUL KEWANGAN
- Bayaran RM14.00 kepada yuran PIBG (S:226, TS:118)
- Bayaran yuran tambahan RM40.00 untuk yuran kebajikan
asrama (S:127, TS:162)

No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...