Kem Intensif G-Force 2018 yg berlangsung bermula 17 Ogos - 21 Ogos 2018 disertai oleh keseluruhan murid tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM pada penghujung tahun ini serta turut disertai murid tingkatan 3A, 3H dan seorang murid dari kelas 3C. Kem ini diteraju oleh UNIT KAUNSELING sekolah serta dilaksana secara bersepadu oleh seluruh warga sekolah dengan kerjasama semua Ibu Bapa.
Aspek keselamatan dan disiplin sepanjang KEM adalah perkara utama yang ditekankan serta semua yang terlibat WAJIB mengikuti segala peraturan yang telah digariskan. Pihak Pentadbiran sekolah sebagai penasihat KEM turut memantau dan terlibat secara langsung dalam mengawalselia keadaan ketika kem berlangsung. Semoga segala usaha murni kita akan diberi kemudahan dan dilimpah kejayaan buat semua murid yang terlibat.
Pihak sekolah sedaya upaya berusaha menjaga segala kebajikan murid sepanjang kem berlangsung. manakala staf sekolah ( guru dan AKP ) secara bergilir akan mengawal keadaan sepanjang kem berlangsung. Atas pengorbanan semua pihak, diharapkan Usaha ini membuahkan hasil kejayaan murid untuk menghadapi PEPERIKSAAN SPM DAN PT3 yang bakal tiba.
MURID SEDANG DIATUR MENGIKUT LOKASI KELAS
PENDAFTARAN MURID 2.00 PTG
MURID TINGKATAN 5 : SESI 1 ( BAHASA INGGERIS )
MURID TINGKATAN 3 : SESI 1 ( BAHASA INGGERIS )
No comments:
Post a Comment