Program Kem Remaja Islam sedang dijalankan di SMK Datuk Peter Mojuntin bermula 5 Mac - 7 Mac 2010. Program merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Peserta kem merupakan para pelajar tingkatan 3, 5 dan 6, SMK Datuk Peter Mojuntin. (foto oleh Photography IN-stinct)
Aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari pertama kem - 5 Mac 2010 adalah seperti berikut : 1. Pendaftaran
2. Penentuan Kumpulan dan Persediaan Khemah
3. Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)
4. Kuliah Dasar 1 : "Yoku Baiti Tanak Muslim" (Akidah)
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 telah diadakan pada 6 Mac 2010 di Dewan Harmoni, SMK Datuk Peter Mojuntin. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Pn. Zarida Junaidi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Majlis ini juga telah dihadiri oleh En. Idris Putih, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Penampang, En. Hamdan Suarah, Pengerusi PIBG dan ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan para ibubapa.
Agenda Majlis Perasmian adalah seperti berikut : 1. Bacaan Doa 2. Persembahan Pelajar Pendidikan Khas 3. Ucapan Pengetua 4. Ucapan Pengerusi PIBG 5. Ucapan Perasmian dari Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 6. Jamuan Ringan 7. Ceramah Skor A 8. Mesyuarat Agung bermula 9. Cabutan Tiket Bertuah
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 adalah seperti berikut : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Pengetua 3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Membentang dan mengesahkan laporan setiausaha 6. Membentang dan mengesahkan laporan bendahari 7. Usulan Ibubapa dan Sekolah 8. Hal-Hal Lain
Usul-Usul yang telah dipersetujui adalah seperti berikut : (Setuju : S, Tidak Setuju : TS)
1. USUL DISIPLIN - Tindakan terhadap kehadiran kurang 90% (S : 313, TS : 39) - Tindakan terhadap penggunaan telefon bimbit (S:306, TS : 49)
2. USUL AKADEMIK - Tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan kekemasan diri (rambut dan pakaian) (S:334, TS: 23) - Tindakan terhadap pelajar yang tidak menyiapkan folio / kerja kursus (S:328, TS:15) - Mewajibkan pembelian buku rujukan (S:292, TS:52)
3. USUL KEWANGAN - Bayaran RM14.00 kepada yuran PIBG (S:226, TS:118) - Bayaran yuran tambahan RM40.00 untuk yuran kebajikan asrama (S:127, TS:162)
SMK Datuk Peter Mojuntin telah menjuarai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Penampang bagi tahun 2010 yang telah diadakan pada 2 Mac - 5 Mac 2010 di Kompleks Sukan Penampang.
SMK Datuk Peter Mojuntin telah merangkul 38 pingat emas, 20 pingat perak dan 9 pingat gangsa. Berikut merupakan olahragawan dan olahragawati mengikut kategori masing-masing.
Keputusan STPM 2009 mencatatkan peratus kelulusan 84% dan gagal sebanyak 16 %. Peratus calon yang mendapat 5P ialah 12.90%, 4P sebanyak 22.58%, 3P sebanyak 20.97% dan 2P sebanyak 6.45%. Bilangan calon berdaftar ialah seramai 62 orang.
Program Senam Sihat merupakan salah satu program kebitaraan sukan dalam Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Datuk Peter Mojuntin. Perlancaran program telah dilaksanakan pada 21 Februari 2010 di Kompleks Sukan Penampang, Sabah.
Program telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan dihadiri oleh Ketua Jabatan, Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, En. Dennis Gompion, Pegawai Pelajaran Daerah Penampang, Guru-Guru Besar Daerah Penampang, En. Hamdan Suarah, Pengerusi PIBG, semua kakitangan dan guru serta para pelajar Sekolah Sukan Negeri.
Pihak pembangun laman web dan blog SMK Datuk Peter Mojuntin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat memulakan sessi persekolahan bagi tahun ini. Semoga segalanya dimulakan dengan azam dan semangat yang tinggi.