Monday, April 9, 2018

Mesyuarat PIBG ke-30 ~2018~

Mesyuarat Agong PIBG telah dijalankan pada 7 April 2018 (Sabtu) di Dewan Harmoni SMKDPM. Pelbagai aktiviti dilaksanakan selain daripada mesyuarat seperti, taklimat Simpanan Amanah Saham Bumiputera dan cabutan tiket bertuah. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang sanggup meluangkan masa pada hari tersebut. 











Sunday, April 8, 2018

~Bangunan Asrama Putera Terbakar ~

Pada 5 Mac 2018, kira-kira jam 7.30 pagi, bangunan asrama putera sekolah telah terbakar dan memusnahkan keseluruhan bangunan atas asrama. 





Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, terutama kepada masyarakat setempat, bekan-bekas pelajar, badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang telah datang memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar asrama putera.













Agihan sumbangan kepada murid-murid asrama putera.







Tarian Singa 2018

Seperti tahun-tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan bagi PIBG  menaja tarian singa sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Terima kasih diucapkan kepada PIBG sekolah.





Thursday, March 15, 2018

Seuntai Ingatan Untuk Pn. Sabaria.

Makan Malam bersama dengan Pn. Sabaria Andi Ahmat, Guru Seni Kecantikan telah dibuat di Hotel Pan Borneo. Pn. Sabaria akan berpindah ke kampung halamannya. Selamat bertugas di tempat baru kepada Pn. Sabaria. Jangan lupakan kami di SMKDPM.






SPM 2017

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 telah diumumkan pada 15 Mac 2018 di seluruh negara. Tahniah diucapakan kepada Adik Max Nathaneal Morius yang merupakan pelajaran "Top 10 Sabah" cemerlang SPM 2017 dengan keputusan (8A+, 1A-). Tahniah juga diucapakan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2017, usaha dan pengorbanan anda telah menghasilkan satu kejayaan yang cukup bermakna kepada anda, keluarga dan pihak sekolah. 





































Monday, March 5, 2018

JUARA LAGI! MSSD Penampang

Tahniah kepada pasukan olahraga sekolah kerana berjaya menjuarai Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD Penampang yang dijalankan pada 7 - 9 Feb 2018 di Kompleks Penampang . Syabas  diucapkan kepada adik Gibrain Jipanis yang juga berjaya memecahkan rekod bagi acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera seterusnya, dinobatkan sebagai Olahragawan Lelaki A dalam kejohanan ini. 


Monday, November 13, 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017 telah berlangsung di MINES Convention Centre Kuala Lumpur pada 3-5hb November, pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam rekacipta dan inovasi berserta kajian penyelidikan yang dijalankan terhadap rekacipta dan inovasi yang menjurus kepada penyelidikan berunsur STEM terhadap penyelidikan yang dijalankan. 

Pada peringkat awal sekolah kita telah menghantar 15 kumpulan yang menyertai INTEL ISEF 2017 namun begitu hanya 1 kumpulan terpilih dan seterus mewakili Negeri Sabah INTEL ISEF 2017 di Kuala Lumpur. Kumpulan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang terdiri daripada adik Nicholas Marcellus G. Kissol 5A, Allen Bradley Lazurus 5A, Edly Ryan Malexius 5A dan Pn. Artina Ariff selaku guru pembimbing dan pengiring dengan tajuk kajian Penyelidikan Rekacipta dan inovasi VOLTA GENERATOR. 

Kumpulan SMK DPM berjaya mendapat Bronze Award INTEL ISEF 2017 tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang menyertai dan guru yang membimbing.




MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...