Saturday, August 18, 2018

HARI KE-2 : KEM INTENSIF G-FORCE 2018 (SPM & PT3)

Sabtu 18 Ogos 2018 ~ Peserta Kem mula membiasakan diri dengan jadual dan disiplin KEM Intensif. Murid tingkatan 3 berada dalam SLOT KH iaitu Teknik Menjawab Soalan Kemahiran Hidup manakala murid tingkatan 5 bersama-sama guru Sejarah bagi SLOT SUBJEK SEJARAH.

Manakala pada sesi malam, MURID didedahkan dengan SLOT MOTIVASI untuk membina kembali semangat menghadapi peperiksaan besar mereka. Pihak sekolah berinisiatif menjemput penceramah luar yang berpengalaman untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid-murid agar mereka lebih bermotivasi untuk belajar dan bertekad mempunyai hala tuju masing-masing.

 Penolong Kanan Hem memantau perjalanan KEM
 Slot KH (F3) : bertempat di Bilik Gerakan
 Slot Sejarah (f5) : bertempat di Dewan Harmoni


 Membina kesedaran pentingnya Subjek Wajib Lulus : Sejarah
 Sesi Perbincangan berkumpulan



 Guru Sejarah : Puan Nurlia Jair



Murid-murid tingkatan 3 : Slot Subjek KH

Friday, August 17, 2018

KEM INTENSIF G-FORCE SPM & PT3

Kem Intensif G-Force 2018 yg berlangsung bermula 17 Ogos - 21 Ogos 2018 disertai oleh keseluruhan murid tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM pada penghujung tahun ini serta turut disertai murid tingkatan 3A, 3H dan seorang murid dari kelas 3C. Kem ini diteraju oleh UNIT KAUNSELING sekolah serta dilaksana secara bersepadu oleh seluruh warga sekolah dengan kerjasama semua Ibu Bapa.

Aspek keselamatan dan disiplin sepanjang KEM adalah perkara utama yang ditekankan serta semua yang terlibat WAJIB mengikuti segala peraturan yang telah digariskan. Pihak Pentadbiran sekolah sebagai penasihat KEM turut memantau dan terlibat secara langsung dalam mengawalselia keadaan ketika kem berlangsung. Semoga segala usaha murni kita akan diberi kemudahan dan dilimpah kejayaan buat semua murid yang terlibat.

Pihak sekolah sedaya upaya berusaha menjaga segala kebajikan murid sepanjang kem berlangsung. manakala staf sekolah ( guru dan AKP ) secara bergilir akan mengawal keadaan sepanjang kem berlangsung. Atas pengorbanan semua pihak, diharapkan Usaha ini membuahkan hasil kejayaan murid untuk menghadapi PEPERIKSAAN SPM DAN PT3 yang bakal tiba.

 MURID SEDANG DIATUR MENGIKUT LOKASI KELAS
 PENDAFTARAN MURID 2.00 PTG
 MURID TINGKATAN 5 : SESI 1 ( BAHASA INGGERIS )
 MURID TINGKATAN 3 : SESI 1 ( BAHASA INGGERIS )

Monday, July 30, 2018

Majlis Perpisahan Guru-guru Perpindah

Majlis ringkas telah diadakan bagi menghargai jasa guru-guru yang berpindah ke sekolah lain Julai 2018. Semoga Cikgu Rosnih dan Cikgu Datu Masrin sentiasa mengingati SMKDPM. Selamat bertugas ditempat baru!










Tuesday, July 24, 2018

Pertandingan Anugerah Harta Intelek Peringkat Negeri Sabah

Bertempat di SKY Hotel Kota Kinabalu pada 16 Julai 2018 pertandingan Anugerah Harta Intelek Peringkat Sabah dijalankan. Murid yang terlibat ialah Isyraf, Ivan, Joshua  Deverina,David  dan Aleeya dibawah bimbingan Cikgu Artina Ariff dan Kasninah Danil

Pencapaian dalam pertandingan sebagai finalis Sabah 8 kumpulan yang terpilih.

Kumpulan SMKDPM telah mendapat tempat ke-4 dan ke-5,sijil dan wang tunai RM 300 untuk setiap kumpulan.

Tahniah kepada semua yang terlibat.




Wednesday, July 18, 2018

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi International Young Scientist Innovation Exihibition 2018

SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang Sabah telah menyertai Pertandingan reka cipta dan inovasi International Young Scientist Innovation Exhibition 2018 mewakili Malaysia pada:
Tarikh : 9-13 Julai 2018
Tempat : Uniten Selangor
Penyertaan : Peringkat Antarabangsa
Pencapaian : 1 Silver,2 bronze Award
Pelajar yang menyertai:
Rachel Ann Riji(4C),Faustina Florian (4C),Aaryana Adrian Lajingah (5B),Viviana James(5B),Trinie Claudia Richard (5A),Ariqah Sakani Medi(5A)

Guru pembimbing  dan pengiring: Artina Ariff dan Cleo-Anne Liujan

Tahniah kepada SMKDPM



Tuesday, July 10, 2018

Jamuan Raya Sekolah 2018

Jamuan Raya peringkat sekolah telah dijalankan pada 6 Julai 2018 di kantin sekolah dengan penuh meria. Pelbagai juadah disediakan untuk dikongsi bersama. Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menyediakan tempat dan hidang yang sedap.







JASAMU DIKENANG ~ Majlis Persaraan Cikgu Judy Gan

Majlis Persaraan Cikgu Judy Gan telah dilaksanakan pada 8 Jun 2018 di sekolah dan jamuan khas di Hotel Aviango. Semoga Cikgu Judy Gan diberikan kesihatan yang baik dan kami di SMKDPM tidak akan melupakan segala kenangan bersama dengan Cikgu Judy Gan. Selamat Bersara!













MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...