Friday, March 5, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 22











Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 telah diadakan pada 6 Mac 2010 di Dewan Harmoni, SMK Datuk Peter Mojuntin. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Pn. Zarida Junaidi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh En. Idris Putih, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Penampang, En. Hamdan Suarah, Pengerusi PIBG dan ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan para ibubapa.

Agenda Majlis Perasmian adalah seperti berikut :
1. Bacaan Doa
2. Persembahan Pelajar Pendidikan Khas
3. Ucapan Pengetua
4. Ucapan Pengerusi PIBG
5. Ucapan Perasmian dari Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
6. Jamuan Ringan
7. Ceramah Skor A
8. Mesyuarat Agung bermula
9. Cabutan Tiket Bertuah

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 adalah seperti berikut :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pengetua
3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Membentang dan mengesahkan laporan setiausaha
6. Membentang dan mengesahkan laporan bendahari
7. Usulan Ibubapa dan Sekolah
8. Hal-Hal Lain

Usul-Usul yang telah dipersetujui adalah seperti berikut :
(Setuju : S, Tidak Setuju : TS)

1. USUL DISIPLIN
- Tindakan terhadap kehadiran kurang 90% (S : 313, TS : 39)
- Tindakan terhadap penggunaan telefon bimbit (S:306, TS : 49)

2. USUL AKADEMIK
- Tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan kekemasan diri
(rambut dan pakaian) (S:334, TS: 23)
- Tindakan terhadap pelajar yang tidak menyiapkan folio / kerja kursus
(S:328, TS:15)
- Mewajibkan pembelian buku rujukan (S:292, TS:52)

3. USUL KEWANGAN
- Bayaran RM14.00 kepada yuran PIBG (S:226, TS:118)
- Bayaran yuran tambahan RM40.00 untuk yuran kebajikan
asrama (S:127, TS:162)

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Penampang 2010

SMK Datuk Peter Mojuntin telah menjuarai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Penampang bagi tahun 2010 yang telah diadakan pada 2 Mac - 5 Mac 2010 di Kompleks Sukan Penampang.

SMK Datuk Peter Mojuntin telah merangkul 38 pingat emas, 20 pingat perak dan 9 pingat gangsa. Berikut merupakan olahragawan dan olahragawati mengikut kategori masing-masing.

Olahragawan 12tkb ( L ) : Venson Modi ( Zon 3)
Olahragawati 12tkb ( p) : Sherlyn Lawrace ( Zon 1 )
Olahragawan 15 tkb ( L ) : Alester Rayner ( SMK Limbanak )
Olaragawati 15 tkb ( P ) : Nurul Atiqah Sukur ( SMK DPM)
Olahragawan 18 tkb ( L ) : Mohd Faizal Tamrin ( SMK DPM)
Olahragawati 18 tkb ( P ) : Mercy Samuel ( SMK DPM)


Kedudukan sekolah-sekolah daerah Penampang dalam Kejohanan MSSD ini adalah seperti berikut :


Wednesday, February 24, 2010

Keputusan STPM 2009

Keputusan STPM 2009 mencatatkan peratus kelulusan 84% dan gagal sebanyak 16 %. Peratus calon yang mendapat 5P ialah 12.90%, 4P sebanyak 22.58%, 3P sebanyak 20.97% dan 2P sebanyak 6.45%. Bilangan calon berdaftar ialah seramai 62 orang.











Pelajar Terbaik STPM 2009

1) TAN KAR YUAN
KEPUTUSAN: 2A,1B,1B+
GPMP: 3.50

(TERBAIK KESELURUHAN)



























2) CHONG YEN KHUN

KEPUTUSAN : B, 3B+,B-
GPMP : 3.25



























3) HASSAN BIN ABADIN
KEPUTUSAN: 1A, 1A-, 1B+, 1B-
GPMP: 3.17



























4) JELINA PINIHING
KEPUTUSAN: 1A-, 1B+, 1B-, 1C+, 1C-
GPMP: 3.08


























5) ZANDY KOMBUYUK
KEPUTUSAN: 1A-, 1B+, 1B, 1C, 1C-
GPMP: 3.00

Tarian Singa Untuk Semua

Tarian Singa ini telah diadakan di perkarangan sekolah pada 25 Februari 2010 sempena menyambut Tahun Baru Cina.

foto oleh Photography IN-stinct



Sunday, February 21, 2010

Perlancaran Program Senam Sihat

Program Senam Sihat merupakan salah satu program kebitaraan sukan dalam Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Datuk Peter Mojuntin. Perlancaran program telah dilaksanakan pada 21 Februari 2010 di Kompleks Sukan Penampang, Sabah.

Program telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan dihadiri oleh Ketua Jabatan, Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, En. Dennis Gompion, Pegawai Pelajaran Daerah Penampang, Guru-Guru Besar Daerah Penampang, En. Hamdan Suarah, Pengerusi PIBG, semua kakitangan dan guru serta para pelajar Sekolah Sukan Negeri.








Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Pihak pembangun laman web dan blog SMK Datuk Peter Mojuntin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat memulakan sessi persekolahan bagi tahun ini. Semoga segalanya dimulakan dengan azam dan semangat yang tinggi.

Saturday, November 14, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf

Majlis yang bertemakan "Retro" ini telah diadakan pada 13 November 2009 di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu Sabah. Tujuan majlis ialah untuk mengiktiraf kecemerlangan guru-guru dan kakitangan sokongan SMK Datuk Peter Mojuntin. Antara agenda majlis ialah penyampaian anugerah, persembahan guru, persembahan multimedia, cabutan tiket bertuah dan penyampaian hadiah kepada staf yang telah dan akan berpindah pada tahun ini.

















Aksi retro guru-guru






















Stail Afro Cikgu Fadly dan Cikgu Fiona























Dari Kiri : Pn. Pengetua, Tn Hj. Zulkifli dan En. Fadley






















Best Dressed Man : Tn Hj. Zulkifli Ahad Borhan
Disampaikan oleh Pengerusi PIBG, En. Hamdan Suarah (Sentiasa retro di dalam hati - katanya)






















Best Dressed Woman : Cik Fiona Ruth Matujal






















Cenderahati kepada staff yang telah berpindah pada tahun 2009
Disampaikan oleh Pengetua, Pn. Nurani Fauziah Derin

















Anugerah Khas Pengetua - Pn. Sarina Seni (AKS)


















Anugerah Khas Pengetua : Pn Irene Lung (Guru)


















Juruaca Majlis, En. Johnston Jonathan Ayong dan Pn. Judy Liew


















Gelagat guru-guru : Ustaz Ahmad Rezwan, En. Ganesh (Floor Manager) dan En Johnston (Juruacara)






















Cabutan Tiket Bertuah

















Lagi gelagat guru-guru wanita

















Persembahan Tarian


















reported by comel and image photographed by comelphotograpy.blogspot.com

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...