Sukan Sekolah 2017 telah dijalankan pada 12 dan 13 April 2017 di Mini Stadium SMK Datuk Peter Mojuntin dengan jayanya.
Tuesday, July 11, 2017
Tuesday, April 11, 2017
Kejohanan Catur MSSD Penampang 2017
Kejohanan Catur MSSD Penampang telah diadakan pada 6 -7 April 2017 bertempat di SM St. Michael Penampang. Kelab Catur sekolah telah menghantar seramai 16 orang pelajar dengan diiringi 2 orang guru pengiring Pn. Clare Charles dan Pn. Yap Pih Thau.
Sebanyak 6 pusingan dipertandingkan dan daripada 6 pusingan sekolah berjaya memenangi pingat dalam 3 kategori iaitu:
Johan ~ Max Nathanel (Lelaki 18 tahun)
Tempat Ke-3 ~ Brendon Santorino (Lelaki 18 tahun) dan
Naib Johan ~ Syn Tet Yuen (Perempuan 18 tahun)
Sekolah mendapat tempat ke-3 daripada 5 buah sekolah yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, peserta dan guru-guru yang terlibat melatih pelajar.
Adik Max Nathaneal, Brendon, Syn Tet Yuen dan Michelle akan mewakili daerah Penampang ke peringkat Bahagian yang akan berlangsung pada 17 - 18 April 2017 di SMK Ranau.
Mesyuarat PIBG 2017
Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah dijalankan pada 8 April 2017 bertempat di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin. Terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir dan memberi kerjasama sepanjang majlis dijalankan.
Tuesday, April 4, 2017
MSU Apprentice Challenge 2017
Pada 29 Mac 2017, pihak sekolah telah mengikuti Pertandingan MSU Apprentice Challenge dan mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pengiring Pn. Rosnih.
Monday, April 3, 2017
Kejohanan Bola Jaring MSSD Penampang 2017
Pada 14 Mac 2017 bertempat di Bornia Sport Arena, Kolombong sekolah telah menghantar pasukan bola jaring mengikuti Kejohanan Bola Jaring MSSD Penampang. Dalam kejohanan ini sekolah telah mendapat:
~ Johan kategori bawah 15 Tahun
~ Johan Kategori bawah 18 Tahun
~ Pemain terbaik kategori bawah 15 Tahun - Farah Ariffin
~ Penjaring terbanyak kategori bawah 15 tahun - Rachel Norman Liaw @
Norhayati
Thursday, March 30, 2017
KEM KECEMERLANGAN DAN PEMBANGUNAN DIRI
Bermula hari ini...31 Mac 2017 - 2 April 2017, semua pelajar kelas Harmoni akan terlibat dalam Kem Kecemerlangan Diri bagi meningkatkan jati diri serta disiplin pelajar. Kem ini dianjurkan oleh Guru Cemerlang, Unit Bimbingan Kaunseling serta disertai oleh semua guru yang mengajar di kelas-kelas Harmoni.
Semoga Kem ini akan memberi suntikan semangat kepada semua pelajar untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri serta membina daya tahan emosi dan fizikal agar terus kekal berdaya maju.
| PELAJAR MENDAPAT TAKLIMAT DARI KEM KOMANDEN ~ SBLM BERTOLAK KE OBS |
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM
~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...
-
Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum 2013 Carta Organisasi Jawatankuasa Kewangan 2013
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...
-
Tahniah kepada 3 orang pelajar iaitu Elena Francis Kan, Leelian Adeline Handros dan Agnes Lecsoin Philip yang telah berjaya memasuki peringk...













