Tuesday, April 17, 2012

Majlis Attempted Malaysia Book of Record : Largest Mudballs Throwing Event



Majlis Perasmian Penutupan Bulan Cintai Alam Sekitar dan Pelancaran Attempted Malaysia Book of Records "Largest Mudball Throwing Event" telah berlangsung dengan sempurna di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin pada 18 April 2012. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Donald Datuk Peter Mojuntin, Pembantu Menteri Kewangan, Sabah.


Maklumat mengenai Projek To Earth With Love Penampang atau Projek Mudball ini boleh dilayari di sini.

Diantara agenda Majlis ialah :
- Ketibaan YB Datuk Donald Datuk Peter Mojuntin
- Ucapan alu-aluan Pengetua
- Ucapan Perasmian Penutupan Bulan Cintai Alam Sekitar dan Majlis Pelancaran Attempted Entry into The Malaysian Book of Records : "Largest Mudball Throwing Event" oleh YB Datuk Donald Datuk Peter Mojuntin
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para penaja program "To Earth With Love Penampang"
- Penyampaian Cendera mata kepada JKKK
- Penyampaian Hadiah Penghasilan EM Mudball terbanyak
Kategori murid (individu) Sidang Pagi dan Sidang Petang
Kategori murid (Kelas) Sidang Pagi dan Sidang Petang

Kategori Guru
- Penyampaian Cendera mata kepada YB Datuk Donald Datuk Peter Mojuntin.
- Tayangan Multimedia
- Persembahan Koir Lagu Bumi SMKDPM
- Persembahan Drama oleh Pendidikan Khas
- Pertunjukan Fesyen dari bahan kitar semula


- Upacara Pengesahan Bilangan EM Mudball terbanyak di Malaysia, Attempted Entry into The Malaysian Book of Records : "Largest Mudball Throwing Event"


- Penyampaian Replika Sijil






- Sidang Akhbar


SMK Datuk Peter Mojuntin telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan sebanyak 110, 751 biji Mudball, iaitu melebihi jumlah asal yang disasarkan sebanyak 100,000.

Mudball ini akan dicampakkan di sungai-sungai dan longkang-longkang sekitar daerah Penampang untuk memulakan proses pembersihan sungai. Rekod atau bacaan tahap kebersihan air direkodkan sebelum dan selepas untuk memantau proses ini. Mudball ini juga akan diagih-agihkan kepada masyarakat setempat di sekitar Penampang untuk di campakkan di kawasan masing-masing.


Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Datuk Peter Mojuntin.

Berita mengenai kejayaan ini telah disiarkan di suratkhabar berikut :




Persembahan Video yang memaparkan gambar-gambar perlaksanaan Projek EM Mudball di SMK Datuk Peter Mojuntin

No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...