Tuesday, April 17, 2012

Projek To Earth With Love Penampang di SMK Datuk Peter Mojuntin




Projek To Earth With Love Penampang" di SMKDPM telah bermula pada tahun 2011 yang bertujuan untuk membersihkan sungai-sungai di Daerah Penampang melalui pembuatan Mudball.



Mudball adalah campuran antara tanah liat, bahan organik, molases, minerals dan semestinya gabungan bakteria berfaedah iaitu Laktik Asid bakteria, Fototropik bakteria, yis dan Antinomycetes. Mudball diformulakan untuk kesesuaian kes atau persekitaran iaitu mud

ah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak perlahan-lahan dari dasar air b
ertujuan memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur, logam berat dan sebagainya.


KEGUNAAN DAN KELEBIHAN EM MUD BALL


1. Membersihan tasik, kolam, sungai dan lain dari lumpur organik (Organic sludge) dari sisa najis seperti ayam, lembu atau khinzir
2. Membersihkan tanah dari unsur racun dan logam berat
3. Air tasik akan berubah dalam masa 7 – 14 hari selepas rawatan.
4. Kualiti air tasik akan meningkat serta bau akan hilang.
5. Kejernihan tasik akan kelihatan.
6. Organik dan semulajadi (tidak mengandungi bahan kimia merbahaya)
7.Meningkatkan hasil pengeluaran sebanyak 50% - 80% untuk ternakan akuakultur
8.Air kolam yang dirawat boleh dicampurkan dengan semua jenis baja untuk siram
an tanaman.
9. Menambah dan memperbaiki pengudaraan oksigen didalam air.


Tayangan Multimedia (Video) yang menunjukkan gambar-gambar mengenai perlaksanaan Projek EM Mudball di SMK Datuk Peter Mojuntin boleh dilihat di SINI.


No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...